Monday, 18 June 2012

Orkid Phalaenopsis

Hi kepada semua yang sudi membaca coretan blog saya tentang orkid, seperti biasa blog ni tidaklah sehebat blog2 orkid yang ada cuma sharing dan cerita2 pasal orkid je.

Minggu lepas, hari Sabtu malam saya berkunjung ke rumah sepupu, ada majlis kesyukuran. Sebenarnya saya malas mau pergi, tapi sepupu saya ada bagi tau yang diorang pun ada beli orkid, katanya Vanda.
Hmm..saya pun hairan kenapa pula tetiba diorg beli orkid? Selepas saya bergiat penuh dengan orkid ada pula orang yang terikut2, ntah la kira bagus ka tidak saya pun tak tau la.
Saya pun pergilah, dengan tujuan nak pergi tengok orkid diorg je. Saya pun pergi la mencari orkid diorg dan inilah orkid tu



Ini bukan Vanda tapi Phalaenopsis, tengok bunga saja pun saya dah tahu yang ni memang Phal. Gambar atas tu saya panggil Phal hybrid, tapi rasanya memang pun Phal hybrid tu. Gambar bawah tu saya panggil Phal spesies, walaupun saya agak macam itu pun hybrid juga tapi saya panggil je Phal spesies untuk memudahkan saya mengenalpasti, ya la saya pun bukan pakar dalam hal nama ni banyak lagi yang saya tak tahu.
Daunnya memang cantik, hijau bugar, tebal dan mantap tak lah macam Phal dekat rumah tu (telinga gajah - ada di post sebelum) yang lembik.
Saya check pasunya bukan guna tanah liat tapi plastik, agak terkejut juga saya, tak pernah saya nampak orkid guna bekas plastik je.
Bunga ni diorang letak dalam rumah dekat dengan cermin.

Saya memang terkejut tengok bunga orkid Phal yang dibeli oleh bapa sepupu saya tu, memang cantik, mempesonakan dan yang poin paling utama murah. Ya lah RM100 lebih je 4 pokok pasu bunga. 2 lagi tu dah gugur bunganya tu yang ada 2 gambar je.
So saya tanya kat mana beli, diorg ckp beli kat Bongawan time balik kampung, tekejut juga kat Bongawan pun ada jual orkid jg? 
Hmm...rasanya saya pun kena pergi cari tempat lain juga ni dan bukan beli tempat aunt tu je, bukan apa rasa agak mahal sikit la, lagipun tak salah cuba tempat lain kn, ya lah mana lah tahu dapat bunga yang rare atau lain sikit dan yang paling penting harga murah sikit kot, tak tahu lah, tunggu di blog seterusnya la, chau...

Saturday, 9 June 2012

Orkid merpati - Dendrobium crumenatum

Hi berjumpa lagi di blog saya yang tak seberapa ini.

Kali ini saya nak bercakap tentang orkid merpati atau dalam nama saintifiknya Dendrobium crumenatum.
Saya tidak sangka orkid ada mcam-macam nama, ada orkid ular (ada saya post di post sebelum ini), telinga gajah, merpati pun ada juga?
Ini la orkid merpati yang ada di rumah, ada 2 pasu.



Orkid ni sebenarnya tak pernah tanam pun oleh mendiang mama saya mau pun saya tapi ntah macam mana pula orkid ni tiba-tiba boleh ada di kedua2 pasu tu. Pasu kat gambar pertama tu kalau tak silap saya dendro hybrid ungu krim, yang pasu gambar kedua pula tu dendo phal ungu gelap dan dendro ungu kurus (ada diterangkan kan kat post "bagaimana ia bermula"). Tapi ntah mana dah orkids2 tu dah pergi, rasa2nya memang dah mati kot. Cuma saya hairan. macam mana pula orkid merpati tu boleh sampai ke pasu2 tu aa? Dah la tu subur pula, tak habis2 beranak tapi punya kedekut macam nak mampus untuk berbunga menyampah betul, dah la tak diundang pemalas gila mau berbunga. Dah tu kalau berbunga pun sehari saja tahan lepas tu mampus, apa la. Saya ingatkan subur banyak anak tu dendro hybrid ungu kurus dan dendro phal ungu gelap la, tengok2 dia pula merpati orkid.

Sebenarnya suka juga la ada orkid baru tak payah beli tapi yang saya malas tu bunga tak rajin, stakat ni baru 2x berbunga, tahun lepas bulan 12, time tu memang tak peduli pun orkid, tapi seingat saya macam 2-3 bunga saja pun, lepas tu ada berbunga sekali tapi tak sempat tengok sebab saya kat tempat kerja hujung minggu baru balik, apa pun nasib baik adik saya sempat ambil gambar dapat juga la saya tengok.


Saya berharap sangat dapat tengok bunga dia ni lagi secara live dan menyentuh serta menghidu wanginya sebab adik saya cakap memang wangi. Walaupun bunyi macam tak suka di awal2nya tapi yang sebenarnya benci tapi sayang he5. Saya tahu la yang orkid ni jenis spesies bukan hybrid2 tapi koleksi saya tak banyak lagi tu la yang nak orkid merpati ni selalu berbunga. Apa pun saya akan tunggu orkid ni berkembag di depan mata saya sendiri.

Sehingga jumpa di post berikutnya (ceh perasan, x org baca pun blog kau ni)

Monday, 4 June 2012

Rumah Orkid ku

Hi bertemu lagi dalam post tentang orkid yang tak la hebat mana pun just nak share dan abadikan dalam post mengenai pengalaman orkid saya ni.

Kali ni nak bercakap tentang rumah orkid saya.
Kalau korang ada mengikuti post2 saya sebelum ni mesti korang dah tau brapa orkid je yang saya ada. Tapi apa pun saya rasa cukup banyak sudah sebab takda tempat dah nak sangkut pasu orkid ni. Korang tengoklah sendiri dan pasti korang akan setuju dengan saya yang orkids2 ni perlukan tempat baru yang lebih luas, selesa dan besar kan.

Dalam gambar tu ada yang terselindung, ada juga yang saya alihkan ke meja sebab ada pasu yang dah pecah jatuh kena tiup angin, ya la sebab dah tak kukuh dahan pokok ni. Pokok jambu ni pun sejak kehadiran orkids2 makin senget pula sebab keberatan dengan orkids2 yang semakin bertambah.

Satu lagi masalah yang saya dapati bila letak di bawah pokok ni smua orkids2 saya ni dikerumuni oleh semut. Benci sangat walaupun yang sebenarnya saya lebih suka tengok orkids2 ni di bawah dahan pokok tapi disebabkan semut yang suka mengacau saya nak buat rumah orkid yang (kalau boleh la) besar baru orkids2 ni selesa ada ruang dan yang paling penting sekali semut tak dapat nak kacau lagi, he5.

Apapun tunggu rumah orkid saya di post akan datang....

Wednesday, 30 May 2012

Orkids2 mama saya

Hi salam semua bagi yang mengikuti blog saya (eh ada ke orang yang tengok blog saya ni? Perasan je...)

Agak sibuk kebelakangan ni, tak sempat ambil gambar orkid yang ingin diceritakan pada blog kali ni. Akhirnya dapat juga masa untuk mengambil gambar orkids2 mama saya.
Kali ni saya nak cerita sikit tentang orkids2 mama saya yang ada saya ceritakan sebelum ni (post - "bagaimana ia bermula").
Tak la cantik mana pun, dari segi kualiti gambar (maklumlah pakai kamera handphone je) dan juga pokok orkid (ya la takda bunga lagi).

Ni lah 3 lagi orkid yang terselamat, sebenarnya 4 tapi yang 1 lagi tu saya minta tolong aunt untuk cuba hidupkan sebab dia cakap walau dah kering pun masih boleh dihidupkan semula guna rooting powder, ntah la, harap2 la dapat sebab saya rindu sangat nak tengok bunga orkid mama saya tu.






Yang ni pula pasunya dah pecah jatuh kena tiup angin, tapi saya tak berkesempatan saja la nak repot.
(Tapi yang sebenarnya saya tak pasti dahan2 yang dah takda daun tu blh potong dan buang saja ke atau boleh hidup balik mcm yang aunt ckp tu). Ataupun lekatkannya kat dahan kayu/papan kayu? Ntah la ada sesiapa ada cadangan?


Kalau ada sesiapa yang dapat cam nama orkids di atas ini tanpa melihat bunganya saya salute la memang terror.

Bila dah ada bunganya nanti saya akan bagi korang tengok, tapi sebelum tiba masanya minta2 la semua pokok orkid ni akan berbunga, terkenang juga mendiang mama saya.

Sampai jumpa di blog seterusnya....

Monday, 14 May 2012

Bagaimana ia bermula

Setelah hampir 2 bulan memulakan hobi orkid ni, terlupa pl sy bgtau knapa sy menceburkan diri dlm dunia orkid.
Sy sbenarnya dah lama kenal bunga orkid, time budak sekolah lg mmg dah pernah tngok orkid, yg kesiannya hanya 2 jns sj  yg sy tau sbb yg itu sj la yg mama sy ada kat rumah. Ni la salah satu orkid yg ada kat rumah

(gambar dr seri orkid) - http://seri-orkid.blogspot.com

Yg 1 lg sy tak jumpa gambar kat mana2 blog tp for sure sy mmg ingat bunganya dlm ingatan, warna ungu gelap, sederhana besar, rasa2 mcm phal atau cattleya kot tp ntah la sy tak blh nak pastikn.

Kedua2 jns orkid tu sj la yg ada d rumah, selalu jg la bbunga, cuba mmikat hati ahli keluarga utk mhargainya tp malangnya org2 kat rumah tak ambil kisah, sy ambil kisah jg la dgn mmuji kcantikan bunga dan myentuh serta cuba mhargai bunga yg dkeluarkan, tp apa pun sy tak pernah mhargai dgn mjaga secara serius spt myiram, mbaja, kira tak spt skrg la.
Akhirnya orkids2 tu dibiarkan mcm bgtu sj, kira mcm "pandai2 la korang hidup" mmg takda kasih syg langsung la.
Pernah jg - tu pun skali je sy nmpak oncidium kuning kecil rasanya "dancing ladies" kot bbunga tp lps tu tak pernah dah, ya la stakat melihat, mmuji dan myentuh bunganya sj tak bermakna apa2 pun, lps bunga gugur buat tak kisah dah. Mama pun takda masa nak jaga sbb sibuk dgn kerja.
Tak ingat sy bila, tiba2 mama ada beli kira byk jg la, sy teruja sgt, klu tak silap sy mcm ada 5 smuanya, cantik mmg cantik, mmg sy ingat smua warnanya dan sikit2 btknya, cuma sy tak tau pl cattleya ka, phal ka, dendo ka,etc sbb rasanya hybrid smua tu.
Ada jg yg sy nmpak2 kat blog/internet salah 1 orkid yg mama sy beli tu, yg sy ingat hijau muda - tngah ungu gelap, lps tu ungu tngah putih rasa2nya mcm dendro sonia, coklat mcm arachnis, ungu krim dan yg t'akhir pink+ungu+putih - ni la yg plg cntik, agak besar bunganya.
Yg hijau muda tu skali je bbunga (time beli la) lps tu mcm tak pernah dah, yg coklat pun sm jg tp yg teruknya ia mati bgtu sj, mak sy sgt sedih. Dendro Sonia, ungu krim dan pink+ungu+putih sj la yg msh survive dan yg plg rajin bbunga pink+ungu+putih. Smua diorg ni sm jg nasib diorg mcm 2 orkid sblmnya. Time mula2 beli tu sj rajin konon, lama klamaan dlupakan - "pandai2 la korang hidup", walaupun diorg cuba mmujuk dgn mgeluarkn bunga2an tp mcm tu jg la sy hnya memuji, myentuh serta cuba utk mhargai tp jaga dgn serius....err...

Akhirnya bgtu la orkids2 tu shingga la mama sy pergi utk slamanya. Dan walaupun mama sy sdh pergi hmpir 2 tahun orkid tu mmg tdk dpedulikn langsung. 3 minggu sblm genap 2 tahun mama sy pergi sy tmimpi mama sy ckp dgn sy dlm mimpi tu "kamu tdk la peduli itu orkid2, jaga la itu orkid2 sy". Keesokkan harinya tu sy pg mlihat smula orkids2 yg mama sy pesan mmg btl orkids2 tu kbykannya hampir mati dan mmg ada yg mati sdh. Sy trus bersihkan, buang tumbuhan2 ln yg tumbuh dlm pasu dan siram semula orkids2 bkenaan. Bapa, adik sy khairanan mlihat malah mcm bunyi2 myindir "knapa konon kau tu?" So sy bgtau la mimpi sy tu tp diorg mcm tak kisah sgt pun, tp tak pa la mungkin mama nmpak sy smmgnya blh meneruskan minatnya so dia passkan kpd sy utk myambung hobinya.
So sy cuba la bjinak2 dgn orkid, mbaca mgenai orkid d internet, blog dan buku yg mmg byk mbantu, harap2 blh mgembalikan orkids2 mama sy yg hampir mati, smoga blh bbunga smula.

Mummy, terima kasih kerana memilih saya untuk meneruskan hobi mummy yang tersekat disebabkan tugas dan kerja untuk membesar serta mendidik kami. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mummy.

Selamat Hari Ibu, mummy....


Saturday, 5 May 2012

Koleksi orkid badge ke-3

3 lg orkid yg sy beli utk dtambah kat koleksi babes' orkid...ha3.
Beli smua d tmpat yg sm jg, tmpat aunt.
Mula2 tu bknnya nak beli pun sj nak singgah tmpat aunt tngok2 apa lg orkid yg dia nak jual utk tamu kali ni. Bl smpai nmpak ada 3 orkid yg mnawan hati siap bbunga lg, aduh aku tewas lg....mbeli lg la nmpaknya.
Jom kt tngok orkid2 yg sy beli ni dan brapa duit sy hbs utk orkids2 ni.

Yg pertama, ni dia orkid biasa je Oncidium ntah apa nama dia tak bgtau just Oncidium je.

Sy rasa ni hibrid bkn species, tak pa la yg penting sy dah suka tengok bungannya, kuning (warna yg sy blm ada lg) dan agak besar.

Selalunya Oncidium kecil je bunganya tp yg ni agak besar sikit tu la yg ambil trus tak kisah la hibrid ke sp. Gambar sebelah gambar pokok dan bentuk daun. Gambar bawah pl close up bunga. Cantek tak?
Orkid ke-7 dlm koleksi sy ni harganya RM75. Tkejut jg sy harganya tu rasa mcm mahal pl, ya la bunganya pun sekuntum je, takpa la beli je la.




Yg ni pl harganya RM85, tak rasa mahal jg sbb sy tengok orkid ni mcm rare, tak pernah nampak so sy ambil sj le, lgpun dah bbunga dan ada 1 kuntum lg nak kembang

tak tau la ni orkid jns apa hibrid ka spesis tp aunt tu ckp orkid ni orkid mangkuk taiwan (hah biar btl ni 'mangkuk'? taiwan? ish2 ade2 je nama orkid ni kn) 

Gambar atas pandangan dr atas.

Gambar sebelah pandangan yg kira close up la tp tak la close up sgt pun, he5.

Gambar bawah close up daun dan pseudobulb.

Bg ssiapa yg tau orkid jns ni blh la bg ID.




Dan yg t'akhir ialah orkid yg plg mahal, mcecah ratus ringgit, mmg mahal tp kira tak lengkap klu orkid ni takda dlm koleksi....jeng3....orkid....
Harimau! Eh btl ka? Aunt tu yg bgtau yg ni orchid tiger. Bg korang yg lbh bpengalaman dalam orkid bantu2 la sy utk mgesahkn btl ke tak yg ni orkid tiger ke bkn.
Ni gambar up close bunga orkid tiger ni, tp tak la close sgt pun.

Jd orkid tiger ni adalah yg ke-9 dlm koleksi sy la.

Shopping orkid kali ni la yg ttinggi hbs duit dlm masa tak smpai 1 jam, he5, ni la klu dah ktagih orkid ye, sy hbs RM280, yeay!

Apa2 pun minta maaf la gambar ni smua ambi pki kamera hp N97 yg hnya bkuasa 5mp je sbb tu tak cantik sgt gmbr2 yg d'ambil ni.

Smoga smua koleksi yg sy dah beli ni rajin2 la bbunga.

Smpai jumpa d post yg seterusnya.....

Monday, 30 April 2012

Koleksi orkid badge ke-2 ku

Koleksi Badge Ke-2 ku

Ini la 3 lg koleksi orkid sy, smuanya beli d tmpat yg sama jg.
Sbenarnya bknnya nak beli sgt pun tp aunt tu (kira mcm paksa la beli) ckp yg ni smua orkid hutan ssh nak dpt (ye la tu - ntah btl ke tak).

Ini orkid ke-4 msuk dlm koleksi sy, aunt tu ckp orkid telinga gajah, ya ka, ntah la korang tngok la btl ka tdk sy ni mn la tau sgt, time beli tu takda bunga dia pun.
Ni harganya RM65. Ntah bpatutan ka tdk harganya sy pun tak tau la.

Yg ni aunt tu ckp orkid ular, tkejut sy ada jg orkid ular. Yg ni time beli pun takda bunga, harganya pun RM65 jg, dah RM130 sy hbs.
Ini la orkid yg ke-5 dlm koleksi ku, tp btl ka ni orkid? Minta bantuan la dkat otai2 orkid utk sahkn.

Yg ini sy btl2 no idea btl ka orkid atau pun bkn, aunt tu ckp ni orkid hutan ssh nak jumpa. Korang tngok la btl ka tdk ni orkid, klu ini adalah orkid maka ini ini adalah orkid ke-6 dlm koleksi ku.
Harganya pun RM65 jg, jd total hbs dlm shari just for orchids2 ni nak jg la RM200! Hmm....untung btl aunt ni tak smpai 1 jam blh dpt RM200. Sy pun nak la jual orkids2 klu mcm tu he5.

Tak tau la mcm mn bunga smua orkids2 ni, ntah bl diorg nak tunjukkan bunga diorg jgn smpai diorg mati dah le.

K, jumpa lg d post sy yg akn dtg utk lihat koleksi2 ku yg tak sberapa ini.