Hai bertemu lagi di post baru, agak free jadi bolehlah memblogging...hehehehe.
Terima kasih bagi yang sudi mengikuti celoteh saya harap2 boleh la membantu bagi penggemar orkid di sana.
Hari Ahad lepas saya agak sibuk dengan orkid yang satu ni.
Menurut Tn Ahmad ini adalah Cattleya intermedia (spesies). Hmm..selama ni saya ingatkan hybrid rupanya spesies, gembira btl bl tau yang orkid ini adalah spesies.
Saya ada nampak ada satu bulb tu nak keluarkan bunga tp setelah menunggu sekian lama bunganya tak keluar2 atau mcm tak mjadi. Lagipula saya rasa terpanggil untuk meng'repot'kan orkid ni.
Lagipun saya nak mencuba proses repot ni, ya la kalau tak cuba macam mana nak tau kan. Saya ada juga baca cara2 nak me'repot' ni, ada macam2 cara saya jumpa, so saya nak cuba setiap cara yang boleh diguna pakai untuk me'repot' Cattleya intermedia ni. Tengoklah mana yang bersesuaian dengan orkid Cattleya intermedia saya ni.
So saya tarik la bulb2 tu keluar dr pasu...alamak rupanya ada bug kecil2 sedang berjalan ke sana ke mari, bukan semut ntah apa nak tangkap gambar pun kamera hp tak dpt fokus sgt, jd tak dpt la ambil gambar.
Jadi dari satu pasu pkok orkid Cattleya intermedia ini saya dapat 5 cutting semuanya, ntah betul ka tidak pembahagian bulb ni saya pun tak pasti, yang saya tahu sekurang2nya 3 bulb.
Semua akar yang telah mati dipotong menjadikan setiap cutting hampir bare root. Agak leceh juga nak balik2 steril gunting tu guna lighter, rasa macam tak steril sgt jg la guna lighter ni, ntah la tp rasanya dah steril la tu, sy bakar hampir 10 saat.
Bulb terakhir dari kiri tu la yang dah ada kuntum bunga (warna kuning cair) tapi tak keluar2 juga bunganya, kecewa juga sebab bunganya macam tak jadi.
So selepas basuh saya rendam ke dalam racun kulat selama 10 minit.
Inilah racun kulat yang saya pakai, tak tau betul ka tidak racun kulat ni saya tak pasti, minta tlg bapa beli hari tu, ni yang pekedai tu bagi pdhal saya minta Benomyl.
Asalnya saya nak guna 3 cara replant tapi hanya 2 saja yang sempat dilaksanakan. Tujuan adalah untuk melihat cutting suka cara replant yang mana satu.
Cara pertama ialah dengan cara gantung tanpa media. Saya mahu mencuba cara dr Tn Ahmad. Saya
nampak caranya menjadi saya juga mau melihatnya sendiri secara live.
Cara kedua saya letak dengan sphagnum moss, ntah btl ka tdk cara ni cuba sajalah, bila dah cuba tau la nanti kn - "dare to fail" - yang penting kena cuba, blajar dari kesilapan baru blh maju.
Cara ketiga tu saya nak letak arang + bata, tapi disebabkan kesuntukkan masa terpaksalah saya letak 3 cutting yang lain tu macam cara 2.
Saya juga nak cuba cara lekat kat fern bark tapi saya takda la benda tu, kena turun kat Tamu KK baru dpt beli tp malangnya kereta tak baik lg.
Asalnya nak 2 cara 1, 3 cara 2 tapi susahlah nak ikat sorang2 tanpa bantuan. Bapa saya tu manalah minat dengan orkids2 ni, so memang dia tak peduli langsung tengok sy tngah susah nak ikat cutting orkid tu, kesian kalaulah mama masih ada kan bagus mesti dia tlg pnya sebab mama pun memang minat btl dengan orkid. Apa blh buatlah.
Bila dah ada respon dr cuttings ni saya akan post kat post yang akan datang.
Sekian....
Thursday, 26 July 2012
Wednesday, 25 July 2012
Orkidku mati...
Huhuhuhu ... sedihnya,
Memang sedih pun. Inilah first time orkid koleksi ku mati.
Saya memang dah agak orkid ini akan mati setelah melihat daunnya mula menguning, layu dan tidak segar. Saya bersedih sebab walaupun saya sudah tau ia akan mati saya tidak mampu untuk menyelamatkan dari mati.
Saya bukan tidak cuba untuk menyelamatkan tapi saya tidak tahu macam mana untuk menyelamatkannya.
Saya tak tau samada saya terlebih siram air atau terkurang siram ka, terlebih cahaya ka, suhu sekitar panas ka atau diperkosa oleh semut.
Akhirnya sampai la masa matilah orkid ini yang dipanggil oleh adik saya "telinga arnab" mati.
sedih lihat ini pula kesudahannya
sebelum - daun yang banyak & besar
Menurut tn Ahmad orkid ini ialah Phalaenopsis schilleriana. Saya dah check kat Google dan ini lah bunga orkid ini.
gambar dr aos.org
Cantikkan bunganya. Kesiannya tidak kesampaian hajat untuk melihat bunganya secara face to face dah pula mati.
Setelah Tn Ahmad bagitau ciri2 bunga ni saya rasa saya dah tau apa sebab orkid ini mati. Pada anggapan saya orkid ni mati sebab orkid ini perlu letak moss tp mediumnya hanya arang dan bata saja yang memang tidak dapat menahan kelembapan sebab itulah mungkin kurang lembab ianya mati.
Orkid yang ni pun sudah mati, cuma saya tak ambil gambar kesudahannya sebab saya bagi balik dengan aunt yang jual saya orkid ini, tak sanggup lagi saya melihat orkid ni beransur2 mampus di depan mata saya, jadi saya bagi balik dengan aunt tu minta tolong dia pulihkan atau selamatkan tapi menurut aunt baru2 ni orkid ni dah mati.
tinggal kenangan

Orkid ini mnurut tn Ahmad Bulbophyllum phalaenopsis, juga seperti Phalaenopsis schilleriana perlu guna moss tapi medium yang digunakan hanyalah arang dan bata saja jadi saya rasa itulah punca orkid ni mati.
Inilah bunganya yang tidak kesampaian untuk saya melihat sendiri. Tak jg lah cantik sangat tp unik.
Satu lagi orkid yang berada di ambang kematian, Cattasetum hybrid menurut Tn Ahmad.
sewaktu beli - ada bunga
selepas beberapa minggu - bulan
Saya pun hairan kenapa orkid ni makin lama makin hilang daunnya. Saya betul2 x idea. Saya dah letak baja tapi keadaan tetap sama juga, daunnya makin berguguran. Saya tidak nampak sebarang pertumbuhan akar yang baru, saya rasa itulah salah satu punca daun makin menguning dan akhirnya gugur. Saya juga tidak pasti ciri-ciri Catasetum dengan tepat membuatkan saya tidak tau tentang keperluannya seperti shade brapa %. Atau mungkin juga disebabkan oleh kulat atau serangga, saya pun tidak pastilah. Saya berharaplah Catasetum ini akan dapat survive dan mengeluarkan bunga untuk saya sebelum pergi selamanya.
Saya dah hilang RM130 untuk 2 orkid yang sdh mati itu, kalau Catasetum ni pun mati juga akhirnya maka RM215 la hilang bgtu sj. Banyak jg tu. Apa blh buat la, ni la klu dah minat orkid, hehehehe.
Apa pun sampai jumpa di post seterusnya...

Tuesday, 17 July 2012
Beli secara on-line
Wah dah lama tak update blog ni ye. Ye lah agak sibuk dgn
kerja2 yang perlu disiapkan kat tmpat kerja, tak bpeluang nak update walaupun
sebenarnya memang ada bahan yang nak di’update’ pun.
Setelah bbrapa kali beli tmpat aunt (ada di post awal),
merantau ke tmpat lain d KK dan seterusnya di tempat sendiri, terdetik pula
saya nak beli secara online. Ye lah selalu tengok2 kat internet banyak yang
cantik dan memikat hati. Lagipula kalau beli secara online ni nama siap2 sudah
ada tak payah susah2 nak cari, kalau beli kat gerai/tamu/nursery bukan semua
diorang tau apa nama pun. Lagipun saya susah nak bergerak ke nursery/tamu/gerai
sebab kereta tak baik lagi. Jadi dah gian nak menambahkan koleksi on-line lah
paling tepat, cepat, senang dan mesra. Boleh juga mengkayakan pos laju pos pos kebangsaan
kita…he5 kalau kita tak sokong diorg dengan menggunakan perkhidmatan diorg
nanti sikitlah gaji pekerja2 pos dapat…hehehe gurua je ye.
Jadi online orchid pertama yang saya pergi adalah Jualan
Shiros.
Jualan Shiros ni diperkenal oleh Kadir (orang yang menggalakan saya buka blog orkid)
Inilah orkids2 yang saya beli
Cattleya Don Hermen
Suka dengan namanya “Don Hermen” macam nama bapa Betty la
Fea, hahahaha.
Yang ni pl Phalaenopsis cornu-cervi
Rupanya Phalaenopsis cornu-cervi
ni kecil saja la pula ingatkan besar, mula2 tengok tu hmm…macam rasa tak
berbaloi la pula beli Phalaenopsis cornu-cervi ni, tapi saya patut faham
bahawa orkid bukan semua seragam saiznya, sebab ada yang besar dan tinggi dari
manusia, so skrg tak dah rasa tak berbaloi malah rasa bangga sebab memilikinya, sy menerima ia dengan seadanya, nampaknya orkid ni
telah mengajar saya supaya menerima dengan seadanya…syukur.
Yang ini Asconda Meda Arnold x Merillii
Jualan Shiros siap bagi
terus sekali dengan pasu sebab saya minta sekali dengan pasu, hehehe teruknya
saya ni.
Yang ini menurut Jualan
Shiros orkid tulang, huh tkejut saya “orkid tulang”, biar betul?
Ha, yang ni baru nampak macam tulang. Takpa la yang ni tulang, yang atas tulang berisi, hahaha, glamour nama orkid saya ni tau.
Yang ni pun cucuk sekali
je dengan Asconda Meda Arnold x Merillii, confirm pemalas kan, hahahaha.
Sebenarnya bukan begitu tapi saya tak tahu nak tanam macam mana, so jalan
senang cucuk saja la 1 pasu 3 orkid.
Memang Jualan Shiros ada bagi tau mediumnya boleh guna campuran arang, bata & sabut, dah cuba tapi macam tak menjadi je, takut I mati jd paling selamat cucuk je la, hahahaha.
Overall saya memang berpuas hati beli secara online, kira agak murah juga lah, Cuma perlu bayar kos penghantaran. Saya juga ada cuba beli secara online luar Malaysia tapi diorg tak nak jual, agak sedih jugalah sebab memang cantik2 dan banyak jumpa spesies. Saya harap banyak lagi lah sudi menjual untuk berkongsi kecantikan orcrids2 ciptaan Tuhan ni secara online.

OK jumpa di post seterusnya...
Wednesday, 4 July 2012
Rumah Orkid Baru
Wah akhirnya....
Rumah orkid siap juga. Setelah menunggu hampir 1 bulan, dapatlah orkids2 saya menghuni tempat yang lebih selesa, luas dan harap2 selamat dari si pengacau semut tu.
Jadi masa untuk memindahkan orkids2 ke rumah telah tiba dan inilah wajah baru kediaman orkids2 ku...
pandangan dari arah matahari terbit
pandangan dari arah matahari terbenam
Apa pendapat kamu? Ok tak rumah orkid saya ni? Cantik of course la tidak, luas...hmm, tak lah juga. Tak kena kacau semut, ha yang tu kena tunggu. Dah cukup ke tak shadenya tu ya? Bila tengok dari gambar rasa macam tak cukup shade lagi, ntah la saya ni tak tau sangat, kalau ada yang sudi bolehlah bagi pendapat.
Hmm...bercakap pasal rumah orkid ni tentu tak lari dari kos kan? Ha, cuba kamu teka agak2 berapa kos semua ni ya? Hmm...korang mesti terkejut punya brapa kos sebenar. Untuk rumah orkid yang biasa2 je ni takda apa2 yang cantik lagi menarik ni menelan kos sebanyak RM500! Itu pun sebenarnya lebih lagi tu tapi sebab budget saya hanya RM500 je (ya la saya pun tengah pokai) jadi terpaksalah gaji buruh/pekerja dkurangkan. Kesian juga tapi apa boleh buatlah. Jadi kalau diikutkan agak mahal jugalah nak buat rumah orkid ni. Setakat rumah biasa je tak lari dari RM500. Lepas tu saya beli lagi shade sebab shade yang diorg beli 10% saja, hmmm terpaksalah keluar duit lagi RM100 untuk shade 50%.
Macam biasalah orang kat rumah tak lah suka sangat tengok saya keluarkan duit untuk rumah orkid ni. Kesian, kalaulah mama saya masih ada pasti dia gembira sebab dialah peminat orkid kat rumah, tapi sayang dia minta bapa buat dari tahun 1998 lagi sampailah dia pergi bapa saya tetap tak kisah. Kalaulah saya buat awal sikit sebelum pemergiannya kan elok. Apa pun mama impian adanya rumah orkid sudah saya laksanakan, semoga mama suka dan gembira melihatnya...

Friday, 22 June 2012
Wah beli lagi?! - Brassavola nodosa
Hi semua, agak aktif pula saya mem'post' kebelakangan ni pula ya.
Kelmarin (21/6 - Khamis) saya berkesempatan untuk pergi ke tamu Papar yang diadakan pada setiap hari Khamis (dan juga Ahad). Teruja pula nak tengok kalau ada jual orkid kat Papar ni. Ya lah dah beli sampai 4 orkid kat Tamu KK baru-baru ni (ada di post terdahulu) nak juga tengok-tengok dan survey kat Papar macam mana orkid yang dijual - hebat ka tidak dan yang paling penting of course la harganya.
Sampai je saya dah nampak ada satu gerai yang jual orkid tapi adik saya bawa pergi ke gerai yang satu lagi. Malangnya gerai yang adik saya bawa tu tak berniaga pula hari ni. So 1 je la yang ada. Kira kat tamu Papar ni hanya ada 2 sajalah yang jual orkid. Tapi menurut adik saya gerai yang tak berniaga tu agak mahal orkid dia jual.
So saya pergilah ke gerai orkid tu. Dari jauh saya nampak ada 1 orkid yang saya selalu nampak kat buku yang saya pinjam kat library. Wow ni susah nak dapat ni, ni la 1st time saya jumpa. Apa lagi ambil terus la.
Ni la dia Brassavola nodosa.
Ni close-up bunga.
Ada 2 kunttum lagi belum mekar. Wah happy nye.
Rasa macam "nasib baik saya pergi turun tamu" kalau tak melepas. Sebenarnya saya tak kisah sangat harga kalau tinggi sekali pun sebab Brassalova nodosa ni bukan senang nak dapat, dah lah tu spesies pula tu. Tapi bila saya tanya berapa harga dia jawap RM23. "Apa RM23 saja?! Wah ni jauh lebih murah dari yang saya beli dekat KK!" Nak saja saya berteriak dengan nada kegembiraan, tapi mana boleh dalam hati je lah. Ada lagi la orkid lain dia jual tapi saya tak ambil sebab saya ambil ni pun bapa membebel-bebel, adik saya pula tu tengok macam masam je muka dia saya keluarkan duit beli orkid, hmmm susah la, akhirnya terpaksa ambil ni je la, padahal memang berkenan juga dengan orkid yang satu lagi tu. Tapi takpa lah lain kali pergi lagi bila ada dapat cuti macam begini.
Hmm...bertambah lagi la koleksi saya bertambah la pening saya mana nak letak Brassalova ni sebab rumah orkid tengah buat, bila la nak siap, harap-harap minggu depan boleh la siap.
Jumpa di post seterusnya minggu depan.

Tuesday, 19 June 2012
4 Orkid Baru
Hai semua yang mengikuti blog ni (huhuhuhu...sebenarnya tiada siapa pun yang tengok/baca blog ni pun), post kali ni nak cerita kesinambungan dari post lepas yang baru saya publish semalam.
Keesokkan harinya (Ahad) saya memang nak pergi beli orkid, kali ni saya bukan beli tempat aunt lagi seperti sebelum ni, kali ni saya pergi Tamu kat KK. Menurut Kadir (orang yang galakkan saya buka blog - ada di post pertama saya) di Tamu KK banyak jual orkid spesies. Malangnya saya sampai di Tamu pun dah nak tutup dah, pukul 11.40 begitulah macam nak dekat pukul 12 dah, tamu tutup pukul 12, jadi banyak dah peniaga-peniaga dah nak tutup dan pulang.
Apapun saya nampak ada 3 gerai orkid je tak lah banyak mana pun, saya hanya sempat berkunjung ke 2 gerai je, gerai yang satu lagi tu dah berkemas tutup nak pulang.
So gerai pertama tu ni lah yang saya kebas, 2 jenis saya beli
Cantik tak? Ni harganya RM28.
Agak terkejut juga harganya RM28 saja, ya lah sebelum ni saya beli harga tidak pernah di bawah RM40 semuanya atas RM50, adalah RM45 tapi tu pun sekali je.
Jadi saya ambil je la, ya la dah murah, lagipun saya takda lagi orkid ni, tambah koleksi.
Di belakang bunga ni ada 1 kuntum lagi yang tak mekar lagi.
Ni pula harganya agak mahal sikt, ya lah yang tadi dah murah jadi ingatkan ni pun murah lah, hehehehehe, harganya RM40.
Tak tau la ni spesies ka hybrid, tapi rasa2 macam spesies sebab spesies ni selalunya bunga kecil2 tak besar.
Apapun saya tidak pasti ini kumpulan orkid apa, saya teka Dendrobium, betul ka? Kalau ada sesiapa yang tau, sudi2kan lah bagi ID ye.
Ni pula close-up bunga.
Ok tak? Saya ambil je sebab tak ada lagi kan, kira macam rare la juga
Saya ada nampak Phal Bellina, tapi saya tak ambil sebab dah ambil 2 so kalau ambil 3 nanti membebel pula orang kat rumah.
Di gerai ni juga ada jual keppingan kayu untuk lekat orkid, kira nak beli tapi saya tak arif lagi.
Gerai seterusnya pun saya beli 2 juga, ni lah salah satu darinya.
Cantik tak? Saya ambil je sebab saya takda lagi orkid macam ni.
Cuma saya tak pasti pula ni spesies ka hybrid. Dah tu saya tak tau pula ni orkid apa. Kalau ada siapa2 yang tau sudi2lah kiranya bagitau ya.
Gambar bawah close-up bunga.
Apa pendapat korang sama tak dengan saya?
Close-up bunga.
Saya tak tau la orkid ni jenis apa. Saya rasa macam Dendro, tak tau pula saya ni spesies ka hybrid. Kalau ada sesiapa yang sudi2lah yang bagi ID ye.
Gerai yang satu lagi tu saya nampak lebih kepada Phal hybrid, tapi memang cantik la, macam2 warna ada, saya tidak sempat pergi sebab diorg dah berkemas nak balik dah. Takpa la next time la pergi. Ntah la dapat pergi lagi ka tidak sebab agak jauh juga dari tmpat tinggal saya di Papar nak pergi KK sebelah pagi hari Ahad lagi tu. Ni first time la saya pergi Tamu KK ni, sebab itulah saya ambil saya 4 orkid. Apapun saya puas hati sebab dapat yang agak murah, lepas tu agak lain dari selalu yang saya beli dari aunt.
Ntah mana la saya nak letak semua orkid2 baru ni sebab rumah orkid saya (ada di post terdahulu) memang dah takda tempat untuk disangkut, rumah orkid pun tak siap lagi dah pergi beli tambah koleksi!
Keesokkan harinya (Ahad) saya memang nak pergi beli orkid, kali ni saya bukan beli tempat aunt lagi seperti sebelum ni, kali ni saya pergi Tamu kat KK. Menurut Kadir (orang yang galakkan saya buka blog - ada di post pertama saya) di Tamu KK banyak jual orkid spesies. Malangnya saya sampai di Tamu pun dah nak tutup dah, pukul 11.40 begitulah macam nak dekat pukul 12 dah, tamu tutup pukul 12, jadi banyak dah peniaga-peniaga dah nak tutup dan pulang.
Apapun saya nampak ada 3 gerai orkid je tak lah banyak mana pun, saya hanya sempat berkunjung ke 2 gerai je, gerai yang satu lagi tu dah berkemas tutup nak pulang.
So gerai pertama tu ni lah yang saya kebas, 2 jenis saya beli
Cantik tak? Ni harganya RM28.
Agak terkejut juga harganya RM28 saja, ya lah sebelum ni saya beli harga tidak pernah di bawah RM40 semuanya atas RM50, adalah RM45 tapi tu pun sekali je.
Jadi saya ambil je la, ya la dah murah, lagipun saya takda lagi orkid ni, tambah koleksi.
Ntah ni spesies ke hybrid. Tak tau pula saya ni Cattleya ka, Laelia ka atau pun orkid lain, kalau ada sesiapa yang tau bolehlah bagi respon nati ya.
Ni pula close-up bunga.
Ni pula harganya agak mahal sikt, ya lah yang tadi dah murah jadi ingatkan ni pun murah lah, hehehehehe, harganya RM40.
Tak tau la ni spesies ka hybrid, tapi rasa2 macam spesies sebab spesies ni selalunya bunga kecil2 tak besar.
Apapun saya tidak pasti ini kumpulan orkid apa, saya teka Dendrobium, betul ka? Kalau ada sesiapa yang tau, sudi2kan lah bagi ID ye.
Ni pula close-up bunga.
Ok tak? Saya ambil je sebab tak ada lagi kan, kira macam rare la juga
Saya ada nampak Phal Bellina, tapi saya tak ambil sebab dah ambil 2 so kalau ambil 3 nanti membebel pula orang kat rumah.
Di gerai ni juga ada jual keppingan kayu untuk lekat orkid, kira nak beli tapi saya tak arif lagi.
Gerai seterusnya pun saya beli 2 juga, ni lah salah satu darinya.
Cantik tak? Saya ambil je sebab saya takda lagi orkid macam ni.
Cuma saya tak pasti pula ni spesies ka hybrid. Dah tu saya tak tau pula ni orkid apa. Kalau ada siapa2 yang tau sudi2lah kiranya bagitau ya.
Gambar bawah close-up bunga.
Harga RM30. Saya rasa ok la tu.
Dan ni orkid terakhir yang saya beli hari tu.
Ntahlah kenapa saya ambil orkid ni padahal bila tengok tak la cantik pun, macam tak "wow" la tengok orkid ni, bunga dia macam layu, daun besar sangat, cuma warna dia tu je la yang membuatkan saya ambil je la. Saya takda warna hijau muda lagi so ambil je la untuk koleksi walaupun tak cantik.Apa pendapat korang sama tak dengan saya?
Close-up bunga.
Saya tak tau la orkid ni jenis apa. Saya rasa macam Dendro, tak tau pula saya ni spesies ka hybrid. Kalau ada sesiapa yang sudi2lah yang bagi ID ye.
Gerai yang satu lagi tu saya nampak lebih kepada Phal hybrid, tapi memang cantik la, macam2 warna ada, saya tidak sempat pergi sebab diorg dah berkemas nak balik dah. Takpa la next time la pergi. Ntah la dapat pergi lagi ka tidak sebab agak jauh juga dari tmpat tinggal saya di Papar nak pergi KK sebelah pagi hari Ahad lagi tu. Ni first time la saya pergi Tamu KK ni, sebab itulah saya ambil saya 4 orkid. Apapun saya puas hati sebab dapat yang agak murah, lepas tu agak lain dari selalu yang saya beli dari aunt.
Ntah mana la saya nak letak semua orkid2 baru ni sebab rumah orkid saya (ada di post terdahulu) memang dah takda tempat untuk disangkut, rumah orkid pun tak siap lagi dah pergi beli tambah koleksi!
Monday, 18 June 2012
Orkid Phalaenopsis
Hi kepada semua yang sudi membaca coretan blog saya tentang orkid, seperti biasa blog ni tidaklah sehebat blog2 orkid yang ada cuma sharing dan cerita2 pasal orkid je.
Ini bukan Vanda tapi Phalaenopsis, tengok bunga saja pun saya dah tahu yang ni memang Phal. Gambar atas tu saya panggil Phal hybrid, tapi rasanya memang pun Phal hybrid tu. Gambar bawah tu saya panggil Phal spesies, walaupun saya agak macam itu pun hybrid juga tapi saya panggil je Phal spesies untuk memudahkan saya mengenalpasti, ya la saya pun bukan pakar dalam hal nama ni banyak lagi yang saya tak tahu.
Daunnya memang cantik, hijau bugar, tebal dan mantap tak lah macam Phal dekat rumah tu (telinga gajah - ada di post sebelum) yang lembik.
Saya check pasunya bukan guna tanah liat tapi plastik, agak terkejut juga saya, tak pernah saya nampak orkid guna bekas plastik je.
Bunga ni diorang letak dalam rumah dekat dengan cermin.
Saya memang terkejut tengok bunga orkid Phal yang dibeli oleh bapa sepupu saya tu, memang cantik, mempesonakan dan yang poin paling utama murah. Ya lah RM100 lebih je 4 pokok pasu bunga. 2 lagi tu dah gugur bunganya tu yang ada 2 gambar je.
So saya tanya kat mana beli, diorg ckp beli kat Bongawan time balik kampung, tekejut juga kat Bongawan pun ada jual orkid jg?
Hmm...rasanya saya pun kena pergi cari tempat lain juga ni dan bukan beli tempat aunt tu je, bukan apa rasa agak mahal sikit la, lagipun tak salah cuba tempat lain kn, ya lah mana lah tahu dapat bunga yang rare atau lain sikit dan yang paling penting harga murah sikit kot, tak tahu lah, tunggu di blog seterusnya la, chau...
Minggu lepas, hari Sabtu malam saya berkunjung ke rumah sepupu, ada majlis kesyukuran. Sebenarnya saya malas mau pergi, tapi sepupu saya ada bagi tau yang diorang pun ada beli orkid, katanya Vanda.
Hmm..saya pun hairan kenapa pula tetiba diorg beli orkid? Selepas saya bergiat penuh dengan orkid ada pula orang yang terikut2, ntah la kira bagus ka tidak saya pun tak tau la.
Saya pun pergilah, dengan tujuan nak pergi tengok orkid diorg je. Saya pun pergi la mencari orkid diorg dan inilah orkid tu
Ini bukan Vanda tapi Phalaenopsis, tengok bunga saja pun saya dah tahu yang ni memang Phal. Gambar atas tu saya panggil Phal hybrid, tapi rasanya memang pun Phal hybrid tu. Gambar bawah tu saya panggil Phal spesies, walaupun saya agak macam itu pun hybrid juga tapi saya panggil je Phal spesies untuk memudahkan saya mengenalpasti, ya la saya pun bukan pakar dalam hal nama ni banyak lagi yang saya tak tahu.
Daunnya memang cantik, hijau bugar, tebal dan mantap tak lah macam Phal dekat rumah tu (telinga gajah - ada di post sebelum) yang lembik.
Saya check pasunya bukan guna tanah liat tapi plastik, agak terkejut juga saya, tak pernah saya nampak orkid guna bekas plastik je.
Bunga ni diorang letak dalam rumah dekat dengan cermin.
Saya memang terkejut tengok bunga orkid Phal yang dibeli oleh bapa sepupu saya tu, memang cantik, mempesonakan dan yang poin paling utama murah. Ya lah RM100 lebih je 4 pokok pasu bunga. 2 lagi tu dah gugur bunganya tu yang ada 2 gambar je.
So saya tanya kat mana beli, diorg ckp beli kat Bongawan time balik kampung, tekejut juga kat Bongawan pun ada jual orkid jg?
Hmm...rasanya saya pun kena pergi cari tempat lain juga ni dan bukan beli tempat aunt tu je, bukan apa rasa agak mahal sikit la, lagipun tak salah cuba tempat lain kn, ya lah mana lah tahu dapat bunga yang rare atau lain sikit dan yang paling penting harga murah sikit kot, tak tahu lah, tunggu di blog seterusnya la, chau...
Subscribe to:
Posts (Atom)