Friday 28 September 2012

Beli orkid lagi

Hai nampaknya ni dah jadi ketagih pula ni asyik beli orkid saja.
Ada kesempatan pergi tamu hari Khamis kat Papar, so jalan-jalan ternampak orkid yang nak beli hari tu, saya tak pasti orkid ni orkid apa tapi macam orkid spesies phal saja tidak tau la saya main teka je. Tanya aunt tu lagi la dia tak tau apa.
Ni la orkid tu
                                 whole plant with flowers

                                   close up - plant only

                                     close up bunga

Aunt tu jual $25, tengok macam banyak anak, kira ok la tu.

Saya tak tau sangat macam mana nak jaga orkid nisebab tak tau lagi jenis dan spesies apa, so saya letak je dekat rumah orkid tu, siram macam biasa bagi baja tiap-tiap minggu. Tak tau la lepas bunga-bunga ni gugur ia berbunga lagi ke tak, tunggu la perkembangan seterusnya.

Thursday 27 September 2012

Hadiah hari terakhir cuti sekolah pertengahan semester


Ini orkid yang saya nak tengok betul bunganya secara live dan hidu bau wangi bunganya sebaborang cakap bunganya wangi.
Orkid yang saya maksudkan tak lain tak bukan orkid merpati atau dendrobium crumenatum

Inilah orkid merpati yang berbunga kat rumah

secara dekat

Sebenarnya saya pun tak sangka ia akan mekar pada hari Ahad tu sebab saya jangkakan ia akan mekar hari Isnin atau Selasa, time tu dah balik sekolah dah mesti melepas lagi, tapi tak di sangka-sangka saya bangun dan nampak 2 tangkai bunga tu dah mekar, apa lagi terus pergi tengok dan hidu bunganya, wah memang cantiklah dari jauh dah terhidu wanginya.

Apapun 2 lagi orkid merpati di pasu yang berbeza (boleh rujuk post terdahulu ~ orkid merpati - dendrobium crumenatum) tak banyak bunganya dan yang paling teruk yang ni
bunganya sekuntum saja? 

Punyalah teruk, pokok banyak bunga sekuntum je apalah.

Pasu yang satu lagi ok sikit, malangnya saya tak sempat ambil gambar sebab saya letak di tempat yang berbeza. Adalah beberapa kuntum bunga tapi tak sehebat yang saya lekat dekat kayu saja tu (gambar paling atas). Ha yang tu saya panggil orkid Saimun, hehehe bukan apa sebab saya ambil dari pokok dekat rumah sewa kawan saya tu, namanya Saimun, time tu saya tak tau lagi orkid tu orkid merpati ingatkan spesies lain macam dendrobium lawesii ka, bila sampai rumah tengok punya tengok baru tau rupa-rupanya sam macam kat rumah, ceh.

Orkid merpati ni cantik bila bunganya banyak, tapi kalau 1, 2 bunga je 1 tangkai memang tak cantik.

Saya terfikir-fikir juga kenapa pokok yang satu ni (gambar atas) tak berbunga tapi mengeluarkan anak bukan main rancak, yang satu (yang tak sempat ambil gambar) pun macam begitu juga. Tapi orkid Saimun ni beberapa bulb saja tapi dapat mengeluarkan sampai 12 bunga 1 tangkai.

Apapun saya teringin dapat bunga banyak macam ini

Tapi saya pun tak tau macam mana nak dapatkan bunga banyak macam ni. Saya dah ada 2 pasu yang banyak pokok/bulb tapi macam yang saya cakap sebelum ni la bila berbunga 1, 2 kuntum je.

Harap2 ada la yang sudi bagi tips macam mana nak dapatkan bunga banyak macam gambar atas ni.

Apapun saya berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya kesempatan untuk melihat orkid merpati ni di hari terakhir sebelum balik ke sekolah.
Inilah hadiah terakhir saya untuk cuti sekolah pertengahan semester.

Wednesday 26 September 2012

Saja beli orkid

Hai semua, post kali ni takda la apa sangat pun.
Saya sebenarnya lebih kepada orkid spesies, tapi orang kat sini (yang bukan tau sangat pasal orkid pun) panggil orkid hutan. Tapi kali ni saja beli yang bukan spesies, ya la sempena cuti sekolah ni (cuti pertengahan semester - Hari Raya) jalan-jalan kat tamu nampaklah ada 1 gerai ni jual tumbuh-tumbuhan, ada juga la orkid dia selitkan tapi 2 pokok je. So beli je la untuk menjadikan cuti sekolah ni menggembirakan dan bermakna.
Inilah pokok orkid tu dan bunganya.
                                whole plant with flower.
                                   close up bunga.

Saya tanya penjual apa nama, dia cakap tak tau, hai terpaksa la kena cari nama, tu yang saya tak berkenaan sangat beli orkid yang nama tak tau, bukan senang nak cari nama, dan selalunya mesti tak dapat punya, so biarlah saya saja bagi nama, ni dendro hybrid bukan spesies, jadi nama yang saya berikan hehehe.......
Dendrobium Purple Petite, amacam ok tak nama?

Orkid ni tak la cantik mana pun biasa je, tapi takpa la saya nak jadikan ia eksperimen.
Eksperimen apa....hehehehe....saya pun tak fikir lagi, nanti je la.

Saturday 22 September 2012

Perkembangan Orkid Online Badge Pertama

Hai, lama dah tak update, line broadband tak bagus susah nak upload gambar, lepas tu sibuk sukan, kerja-kerja sekolah, sekarang baru dapat masa nak update.

Benda ni sebenarnya dah lama, time cuti sekolah pertengahan semester sekali dengan cuti raya tu la.
Takda la sgt just nak bgtau pkembangan orkid online badge pertama saya. {Blh tengok kat post Beli secara on-line}

Epicattleya Don Hermen dah berbunga.
Malangnya 1 kuntum je. I lg tu bunganya tak jadi pdhal dah ada sarung bunganya. Rasa sedih pula sebab tak jadi, tertanya-tanya juga apasal tak jadi ya?

Ascocenda ni lagi la kesian betul
    (maaf gambar tak bagus sgt, guna hp kamera je tu yg blur tu)
dah ada spike utk berbunga tp ntah knapa pl jd hangus, kepunan btl tak nampak bunga Ascocenda ni. Tak tau la knapa blh jadi bgni.

Phal cornu cervi ni tak tau la bl la dia nak bbunga utk saya, cuma akar sj la yg jd bnyak, saiz maintain ketot je.
Memang saiz cornu cervi ni mcm bgni sj ke?

Orkid tulang & Orkid tulang berisi ni saya dah pindahkan ke tempat yang baru tp yang kesiannya masih berkongsi tempat juga.
Sebenarnya memang boleh letak di tempat berasingan tapi saya kehabisan sphagnum moss so terpaksa la berkongsi.
Perkembangan terbaru orkid berisis - sama juga macam sebelum, takda apa-apa yang menarik cuma tumbuh 2 akar kecil tu saja. Orkid tulang - ok sikit dari orkid tulang berisis, akar macam aktif sedikit.

Tak tau la bila phal cornu cervi, orkid tulang berisi dan orkid tulang tu nak bbunga, tak sabar juga nak tengok secara live.

Monday 20 August 2012

Selamat Bercuti & Salam Hari Raya

Wah bestnya cuti sekolah pertengahan semester II dah bermula dan sempena raya ni dapat cuti 2 hari lebih awal, itulah yang bestnya.
Jadi cuti seminggu ni bolehlah mengurus orkids2ku...hehehehehe.

Tidak mau mensia-siakan cuti semingguni saya beli la beberapa orkid secara online. Tabik sangat dengan Pos Laju Malaysia, pantas menjalankan tugas, kekadang tu terfikir juga diorg ni malam pun kerja juga ka? Apapun Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada Pos Laju & krew.

bungkusan yang dihantar pada petang 13hb (Isnin) esoknya 14hb (Selasa) dah sampai.

Inilah pokok-pokok yang dah sampai tu....
                               agak banyak juga, 15 pokok semuanya.

Malangnya pasu/slab fern tak cukup @ takda lg, jd tpaksa pokok-pokok ni survive tanpa pasu/slab fern selama beberapa hari ni atau pun mungkin beberapa minggu.

Dengan penambahan pokok-pokok orkid ni bertambah banyaklah koleksi - tapi tak taulah kalau saya berjaya menghasilkan bunganya ke tidak...hehehe.
Untuk pengetahuan semua pokok orkid adalah spesies jd memang mencabarlah untuk membungakannya.

Apapun jumpa di post akan datang.

Saturday 11 August 2012

Akhirnya! At last!

Salam smua, agak lama juga saya tak update blog ni, bukan x bahan nak diceritakan, ada, tapi benda yang mengganggu saya dari meng'update' blog ni. Setelah bertekad untuk menghadkan benda yang mengganggu saya ni akhirnya dapatlah update blog ni.

Dipost sebelum ini {orkid mama saya}, saya ada bagitau serba sedikit tentang ciri-ciri bunga setiap pokok orkid mama saya tu. Ada satu tu saya confirm memang dendrobium Sonia, yang satu lagi tu cream purple dan satu lagi saya tak dapat jelaskan sangat ciri-ciri bunganya dengan baik, tapi itulah bunga yang paling saya rasa cantik antara ketiga-tiganya (untuk cerita lebih lanjut sila lihat post - orkid mama saya). Bak kata orang, kena tengok sendiri bunganya secara real baru orang faham dan dapat bagi nama sekali.
Saya pun tertanya-tanya juga boleh dan dapat tengok lagi ka bunga ketiga-tiga orkid ni sebab tengok macam x harapan saja untuk berbunga semula, lagipula setelah hampir 15 tahun orkid ni tidak dijaga, tidak dipedulikan dapat ka dan mau ka ia berbunga lagi untuk tuannya yang tidak ambil peduli dalam tempoh yang begitu lama?
Rupanya orkid ni langsung tidak ambil hati pun yang mereka diabai, dalam masa kurang dari 5 bulan saja setelah dijaga semula ia telah pun memberikan apa yang saya tunggu-tunggu selama ini iaitu bunga yang cantik.
Tidak sangka antara ketiga-tiga orkid tu yang ini pula mula-mula menunjukkan bunganya.
dan inilah bunganya....
kalau ada yang tau sudi-sudilah bagi ID orkid ni ye.

Sebenarnya ada 3 putik/kuntum semuanya, tapi dua lagi kena makan ntah oleh bintang apa sakit hati betul, jadi tinggal la satu kuntum je.
Time kuntum/putik tengah berkembang saya tak tau lagi bunga yang mana satu, tak sangka pula yang paling saya suka (antara ketiga-tiga) pula yang muncul.
Walaubagaimanapun saya agak sedi melihat daun yang agak banyak sekarang tinggal satu helai lagi bertahan supaya saya boleh melihat bunganya. Saya lihat batang-batang pada pangkal pun dah jadi kuning semuanya.

Saya dapat rasakan orkid ini akan pergi untuk selamanya setelah mengeluarkan bunganya yang terakhir - hanya untuk menunjukkan kepada saya. Huhuhuhu...sedihnya. Saya tidak tausamada nak jadikan ia sedpot atau cuba mengeluarkan keiki sebab tengok semua batang macam nak mati dah, macam mana nak keluarkan keiki lagi.
Rindu betul saya tengok bunganya...teringat saya mendiang mama saya.
Orkid ni tidaklah sehebat orkid-orkid lain cuma ia ada sentimental value. Saya ada juga bagi tengok pada bapa - dia setakat - "o?" Bagitau adik-beradik yang orkid mama dah berbunga pun - "o?" saja, semua tak kisah tapi duit peninggalan mama semua nak pula. Sampai saya termimpi mendiang mama saya, dalam mimpi tu dia ada pergi tengok orkid tu dan berkata kepada saya "cantik, hanya mama saja la yang kisah dan saya rasa gembira kerana ada juga la yang kisah walaupun dalam mimpi dan yang kisah tu adalah mama - empunya orkid.

Saya berharap dapat melihat semula bunga dua lagi orkid mama tu walaupun yang lain tak kisah. Sebelum tiba saat itu sampai di sini sajalah dulu post saya kali ini.


Friday 3 August 2012

Cattleya gaskelliana

Hmm...agak lama saya tak update blog saya ni.

Minta maaflah bagi yang mengikuti blog ni (eh ada ka followers, perasan je). Rumah orkid takda bunga sejak  2 minggu lepas. Ada pun spike/kuntum masih tengah membesar, so nak tunggu bunga blooming lama lagi la. Rasa janggallah bila rumah orkid takda bunga, lain macam pula rasa, macam tak ceria dan tak berseri pula rumah orkid bila takda orkid yang berbunga.  

So saya pun...hehehe, mcm biasalah, membeli lagi - pokok orkid.
Kali ni saya tak memilih sangat, apa yang ada ambil sajalah, sebab saya nak rumah orkid tu ada pokok orkid yang berbunga.

Jadi kelmarin (Khamis 2/8) saya beli 2 pokok. Inilah salah satu pokok orkid yang saya beli
Saya rasa ini Cattleya gaskelliana. Entahlah saya main teka je, tak tau la betul ke tak, sebab tengok macam  Cattleya gaskelliana. Kalau tak pun mungkin hybrid yang ada Cattleya gaskelliana. Saya terhidu bau wangi yang dikeluarkan dari bunganya, memang wangi. Semuanya ada 3 kuntum bunga. Bunganya besar, suka saya. Namun bunganya ada yang macam kena makan ulat dan ada yang dah mula mengering.

Pokok orkid yang satu lagi tu sebenarnya sama je cuma warna je yang lain, atau kira var. la. Ni dia
Cattleya gaskelliana var alba. Rasanyalah, tak tau la betul ke tak. Sebab tengok bunga sama je, daun pun sama, so dia la tu Cattleya gaskelliana var alba. Cuma yang ni 2 kuntum je. Tapi tengok bunganya pun macam kena makan ulat je ataupun dah start mengering.

So 2 pokok ni saya dapat RM50, harga asal tauke bagi RM28 1 pokok. Kira ok la, masih di lingkungan kemampuan untuk membeli. Sebenarnya ada 1 lagi pokok dia jual (3 je semuanya yang ada dijual), tapi ntah knapa saya kurang berkenaan, lebih kurang macam yang saya beli juga nilah, alliance Cattleya, tapi rasa macam hybrid, tak taulah, yang tu dia jual RM40, gambar saya tak ambil tak dia tak bagi. Ni kali ke dua la saya ada bunga yang agak besar, suka juga la.

Harap2 la orkids2 ni sudi menambah anak dan seterusnya berbunga di rumah orkid nanti.

OK, itu saja post kali ni...terima kasih sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini.

Jumpa di post seterusnya.