Friday 22 June 2012

Wah beli lagi?! - Brassavola nodosa

Hi semua, agak aktif pula saya mem'post' kebelakangan ni pula ya.

Kelmarin (21/6 - Khamis) saya berkesempatan untuk pergi ke tamu Papar yang diadakan pada setiap hari Khamis (dan juga Ahad). Teruja pula nak tengok kalau ada jual orkid kat Papar ni. Ya lah dah beli sampai 4 orkid kat Tamu KK baru-baru ni (ada di post terdahulu) nak juga tengok-tengok dan survey kat Papar macam mana orkid yang dijual - hebat ka tidak dan yang paling penting of course la harganya.

Sampai je saya dah nampak ada satu gerai yang jual orkid tapi adik saya bawa pergi ke gerai yang satu lagi. Malangnya gerai yang adik saya bawa tu tak berniaga pula hari ni. So 1 je la yang ada. Kira kat tamu Papar ni hanya ada 2 sajalah yang jual orkid. Tapi menurut adik saya gerai yang tak berniaga tu agak mahal orkid dia jual.

So saya pergilah ke gerai orkid tu. Dari jauh saya nampak ada 1 orkid yang saya selalu nampak kat buku yang saya pinjam kat library. Wow ni susah nak dapat ni, ni la 1st time saya jumpa. Apa lagi ambil terus la.
Ni la dia Brassavola nodosa.
Ni close-up bunga.
Ada 2 kunttum lagi belum mekar. Wah happy nye.

Rasa macam "nasib baik saya pergi turun tamu" kalau tak melepas. Sebenarnya saya tak kisah sangat harga kalau tinggi sekali pun sebab Brassalova nodosa ni bukan senang nak dapat, dah lah tu spesies pula tu. Tapi bila saya tanya berapa harga dia jawap RM23. "Apa RM23 saja?! Wah ni jauh lebih murah dari yang saya beli dekat KK!" Nak saja saya berteriak dengan nada kegembiraan, tapi mana boleh dalam hati je lah. Ada lagi la orkid lain dia jual tapi saya tak ambil sebab saya ambil ni pun bapa membebel-bebel, adik saya pula tu tengok macam masam je muka dia saya keluarkan duit beli orkid, hmmm susah la, akhirnya terpaksa ambil ni je la, padahal memang berkenan juga dengan orkid yang satu lagi tu. Tapi takpa lah lain kali pergi lagi bila ada dapat cuti macam begini.

Hmm...bertambah lagi la koleksi saya bertambah la pening saya mana nak letak Brassalova ni sebab rumah orkid tengah buat, bila la nak siap, harap-harap minggu depan boleh la siap.

Jumpa di post seterusnya minggu depan.

Tuesday 19 June 2012

4 Orkid Baru

Hai semua yang mengikuti blog ni (huhuhuhu...sebenarnya tiada siapa pun yang tengok/baca blog ni pun), post kali ni nak cerita kesinambungan dari post lepas yang baru saya publish semalam.

Keesokkan harinya (Ahad) saya memang nak pergi beli orkid, kali ni saya bukan beli tempat aunt lagi seperti sebelum ni, kali ni saya pergi Tamu kat KK. Menurut Kadir (orang yang galakkan saya buka blog - ada di post pertama saya) di Tamu KK banyak jual orkid spesies. Malangnya saya sampai di Tamu pun dah nak tutup dah, pukul 11.40 begitulah macam nak dekat pukul 12 dah, tamu tutup pukul 12, jadi banyak dah peniaga-peniaga dah nak tutup dan pulang.
Apapun saya nampak ada 3 gerai orkid je tak lah banyak mana pun, saya hanya sempat berkunjung ke 2 gerai je, gerai yang satu lagi tu dah berkemas tutup nak pulang.


So gerai pertama tu ni lah yang saya kebas, 2 jenis saya beli


Cantik tak? Ni harganya RM28. 
Agak terkejut juga harganya RM28 saja, ya lah sebelum ni saya beli harga tidak pernah di bawah RM40 semuanya atas RM50, adalah RM45 tapi tu pun sekali je.
Jadi saya ambil je la, ya la dah murah, lagipun saya takda lagi orkid ni, tambah koleksi.

Ntah ni spesies ke hybrid. Tak tau pula saya ni Cattleya ka, Laelia ka atau pun orkid lain, kalau ada sesiapa yang tau bolehlah bagi respon nati ya.
Ni pula close-up bunga.
Di belakang bunga ni ada 1 kuntum lagi yang tak mekar lagi.

Ni pula harganya agak mahal sikt, ya lah yang tadi dah murah jadi ingatkan ni pun murah lah, hehehehehe, harganya RM40.
Tak tau la ni spesies ka hybrid, tapi rasa2 macam spesies sebab spesies ni selalunya bunga kecil2 tak besar.
Apapun saya tidak pasti ini kumpulan orkid apa, saya teka Dendrobium, betul ka? Kalau ada sesiapa yang tau, sudi2kan lah bagi ID ye.

Ni pula close-up bunga.
\
Ok tak? Saya ambil je sebab tak ada lagi kan, kira macam rare la juga

Saya ada nampak Phal Bellina, tapi saya tak ambil sebab dah ambil 2 so kalau ambil 3 nanti membebel pula orang kat rumah.
Di gerai ni juga ada jual keppingan kayu untuk lekat orkid, kira nak beli tapi saya tak arif lagi.

Gerai seterusnya pun saya beli 2 juga, ni lah salah satu darinya.


Cantik tak? Saya ambil je sebab saya takda lagi orkid macam ni.
Cuma saya tak pasti pula ni spesies ka hybrid. Dah tu saya tak tau pula ni orkid apa. Kalau ada siapa2 yang tau sudi2lah kiranya bagitau ya.

Gambar bawah close-up bunga.
Harga RM30. Saya rasa ok la tu.

Dan ni orkid terakhir yang saya beli hari tu.
Ntahlah kenapa saya ambil orkid ni padahal bila tengok tak la cantik pun, macam tak "wow" la tengok orkid ni, bunga dia macam layu, daun besar sangat, cuma warna dia tu je la yang membuatkan saya ambil je la. Saya takda warna hijau muda lagi so ambil je la untuk koleksi walaupun tak cantik.
Apa pendapat korang sama tak dengan saya?

Close-up bunga.
Saya tak tau la orkid ni jenis apa. Saya rasa macam Dendro, tak tau pula saya ni spesies ka hybrid. Kalau ada sesiapa yang sudi2lah yang bagi ID ye.

Gerai yang satu lagi tu saya nampak lebih kepada Phal hybrid, tapi memang cantik la, macam2 warna ada, saya tidak sempat pergi sebab diorg dah berkemas nak balik dah. Takpa la next time la pergi. Ntah la dapat pergi lagi ka tidak sebab agak jauh juga dari tmpat tinggal saya di Papar nak pergi KK sebelah pagi hari Ahad lagi tu. Ni first time la saya pergi Tamu KK ni, sebab itulah saya ambil saya 4 orkid. Apapun saya puas hati sebab dapat yang agak murah, lepas tu agak lain dari selalu yang saya beli dari aunt.

Ntah mana la saya nak letak semua orkid2 baru ni sebab rumah orkid saya (ada di post terdahulu) memang dah takda tempat untuk disangkut, rumah orkid pun tak siap lagi dah pergi beli tambah koleksi!

Monday 18 June 2012

Orkid Phalaenopsis

Hi kepada semua yang sudi membaca coretan blog saya tentang orkid, seperti biasa blog ni tidaklah sehebat blog2 orkid yang ada cuma sharing dan cerita2 pasal orkid je.

Minggu lepas, hari Sabtu malam saya berkunjung ke rumah sepupu, ada majlis kesyukuran. Sebenarnya saya malas mau pergi, tapi sepupu saya ada bagi tau yang diorang pun ada beli orkid, katanya Vanda.
Hmm..saya pun hairan kenapa pula tetiba diorg beli orkid? Selepas saya bergiat penuh dengan orkid ada pula orang yang terikut2, ntah la kira bagus ka tidak saya pun tak tau la.
Saya pun pergilah, dengan tujuan nak pergi tengok orkid diorg je. Saya pun pergi la mencari orkid diorg dan inilah orkid tu



Ini bukan Vanda tapi Phalaenopsis, tengok bunga saja pun saya dah tahu yang ni memang Phal. Gambar atas tu saya panggil Phal hybrid, tapi rasanya memang pun Phal hybrid tu. Gambar bawah tu saya panggil Phal spesies, walaupun saya agak macam itu pun hybrid juga tapi saya panggil je Phal spesies untuk memudahkan saya mengenalpasti, ya la saya pun bukan pakar dalam hal nama ni banyak lagi yang saya tak tahu.
Daunnya memang cantik, hijau bugar, tebal dan mantap tak lah macam Phal dekat rumah tu (telinga gajah - ada di post sebelum) yang lembik.
Saya check pasunya bukan guna tanah liat tapi plastik, agak terkejut juga saya, tak pernah saya nampak orkid guna bekas plastik je.
Bunga ni diorang letak dalam rumah dekat dengan cermin.

Saya memang terkejut tengok bunga orkid Phal yang dibeli oleh bapa sepupu saya tu, memang cantik, mempesonakan dan yang poin paling utama murah. Ya lah RM100 lebih je 4 pokok pasu bunga. 2 lagi tu dah gugur bunganya tu yang ada 2 gambar je.
So saya tanya kat mana beli, diorg ckp beli kat Bongawan time balik kampung, tekejut juga kat Bongawan pun ada jual orkid jg? 
Hmm...rasanya saya pun kena pergi cari tempat lain juga ni dan bukan beli tempat aunt tu je, bukan apa rasa agak mahal sikit la, lagipun tak salah cuba tempat lain kn, ya lah mana lah tahu dapat bunga yang rare atau lain sikit dan yang paling penting harga murah sikit kot, tak tahu lah, tunggu di blog seterusnya la, chau...

Saturday 9 June 2012

Orkid merpati - Dendrobium crumenatum

Hi berjumpa lagi di blog saya yang tak seberapa ini.

Kali ini saya nak bercakap tentang orkid merpati atau dalam nama saintifiknya Dendrobium crumenatum.
Saya tidak sangka orkid ada mcam-macam nama, ada orkid ular (ada saya post di post sebelum ini), telinga gajah, merpati pun ada juga?
Ini la orkid merpati yang ada di rumah, ada 2 pasu.



Orkid ni sebenarnya tak pernah tanam pun oleh mendiang mama saya mau pun saya tapi ntah macam mana pula orkid ni tiba-tiba boleh ada di kedua2 pasu tu. Pasu kat gambar pertama tu kalau tak silap saya dendro hybrid ungu krim, yang pasu gambar kedua pula tu dendo phal ungu gelap dan dendro ungu kurus (ada diterangkan kan kat post "bagaimana ia bermula"). Tapi ntah mana dah orkids2 tu dah pergi, rasa2nya memang dah mati kot. Cuma saya hairan. macam mana pula orkid merpati tu boleh sampai ke pasu2 tu aa? Dah la tu subur pula, tak habis2 beranak tapi punya kedekut macam nak mampus untuk berbunga menyampah betul, dah la tak diundang pemalas gila mau berbunga. Dah tu kalau berbunga pun sehari saja tahan lepas tu mampus, apa la. Saya ingatkan subur banyak anak tu dendro hybrid ungu kurus dan dendro phal ungu gelap la, tengok2 dia pula merpati orkid.

Sebenarnya suka juga la ada orkid baru tak payah beli tapi yang saya malas tu bunga tak rajin, stakat ni baru 2x berbunga, tahun lepas bulan 12, time tu memang tak peduli pun orkid, tapi seingat saya macam 2-3 bunga saja pun, lepas tu ada berbunga sekali tapi tak sempat tengok sebab saya kat tempat kerja hujung minggu baru balik, apa pun nasib baik adik saya sempat ambil gambar dapat juga la saya tengok.


Saya berharap sangat dapat tengok bunga dia ni lagi secara live dan menyentuh serta menghidu wanginya sebab adik saya cakap memang wangi. Walaupun bunyi macam tak suka di awal2nya tapi yang sebenarnya benci tapi sayang he5. Saya tahu la yang orkid ni jenis spesies bukan hybrid2 tapi koleksi saya tak banyak lagi tu la yang nak orkid merpati ni selalu berbunga. Apa pun saya akan tunggu orkid ni berkembag di depan mata saya sendiri.

Sehingga jumpa di post berikutnya (ceh perasan, x org baca pun blog kau ni)

Monday 4 June 2012

Rumah Orkid ku

Hi bertemu lagi dalam post tentang orkid yang tak la hebat mana pun just nak share dan abadikan dalam post mengenai pengalaman orkid saya ni.

Kali ni nak bercakap tentang rumah orkid saya.
Kalau korang ada mengikuti post2 saya sebelum ni mesti korang dah tau brapa orkid je yang saya ada. Tapi apa pun saya rasa cukup banyak sudah sebab takda tempat dah nak sangkut pasu orkid ni. Korang tengoklah sendiri dan pasti korang akan setuju dengan saya yang orkids2 ni perlukan tempat baru yang lebih luas, selesa dan besar kan.

Dalam gambar tu ada yang terselindung, ada juga yang saya alihkan ke meja sebab ada pasu yang dah pecah jatuh kena tiup angin, ya la sebab dah tak kukuh dahan pokok ni. Pokok jambu ni pun sejak kehadiran orkids2 makin senget pula sebab keberatan dengan orkids2 yang semakin bertambah.

Satu lagi masalah yang saya dapati bila letak di bawah pokok ni smua orkids2 saya ni dikerumuni oleh semut. Benci sangat walaupun yang sebenarnya saya lebih suka tengok orkids2 ni di bawah dahan pokok tapi disebabkan semut yang suka mengacau saya nak buat rumah orkid yang (kalau boleh la) besar baru orkids2 ni selesa ada ruang dan yang paling penting sekali semut tak dapat nak kacau lagi, he5.

Apapun tunggu rumah orkid saya di post akan datang....