Wednesday 30 May 2012

Orkids2 mama saya

Hi salam semua bagi yang mengikuti blog saya (eh ada ke orang yang tengok blog saya ni? Perasan je...)

Agak sibuk kebelakangan ni, tak sempat ambil gambar orkid yang ingin diceritakan pada blog kali ni. Akhirnya dapat juga masa untuk mengambil gambar orkids2 mama saya.
Kali ni saya nak cerita sikit tentang orkids2 mama saya yang ada saya ceritakan sebelum ni (post - "bagaimana ia bermula").
Tak la cantik mana pun, dari segi kualiti gambar (maklumlah pakai kamera handphone je) dan juga pokok orkid (ya la takda bunga lagi).

Ni lah 3 lagi orkid yang terselamat, sebenarnya 4 tapi yang 1 lagi tu saya minta tolong aunt untuk cuba hidupkan sebab dia cakap walau dah kering pun masih boleh dihidupkan semula guna rooting powder, ntah la, harap2 la dapat sebab saya rindu sangat nak tengok bunga orkid mama saya tu.






Yang ni pula pasunya dah pecah jatuh kena tiup angin, tapi saya tak berkesempatan saja la nak repot.
(Tapi yang sebenarnya saya tak pasti dahan2 yang dah takda daun tu blh potong dan buang saja ke atau boleh hidup balik mcm yang aunt ckp tu). Ataupun lekatkannya kat dahan kayu/papan kayu? Ntah la ada sesiapa ada cadangan?


Kalau ada sesiapa yang dapat cam nama orkids di atas ini tanpa melihat bunganya saya salute la memang terror.

Bila dah ada bunganya nanti saya akan bagi korang tengok, tapi sebelum tiba masanya minta2 la semua pokok orkid ni akan berbunga, terkenang juga mendiang mama saya.

Sampai jumpa di blog seterusnya....

No comments:

Post a Comment