Thursday, 26 July 2012

Experiment - Replant

Hai bertemu lagi di post baru, agak free jadi bolehlah memblogging...hehehehe.
Terima kasih bagi yang sudi mengikuti celoteh saya harap2 boleh la membantu bagi penggemar orkid di sana.

Hari Ahad lepas saya agak sibuk dengan orkid yang satu ni.
Menurut Tn Ahmad ini adalah Cattleya intermedia (spesies). Hmm..selama ni saya ingatkan hybrid rupanya spesies, gembira btl bl tau yang orkid ini adalah spesies.
Saya ada nampak ada satu bulb tu nak keluarkan bunga tp setelah menunggu sekian lama bunganya tak keluar2 atau mcm tak mjadi. Lagipula saya rasa terpanggil untuk meng'repot'kan orkid ni.
Lagipun saya nak mencuba proses repot ni, ya la kalau tak cuba macam mana nak tau kan. Saya ada juga baca cara2 nak me'repot' ni, ada macam2 cara saya jumpa, so saya nak cuba setiap cara yang boleh diguna pakai untuk me'repot' Cattleya intermedia ni. Tengoklah mana yang bersesuaian dengan orkid Cattleya intermedia saya ni.
So saya tarik la bulb2 tu keluar dr pasu...alamak rupanya ada bug kecil2 sedang berjalan ke sana ke mari, bukan semut ntah apa nak tangkap gambar pun kamera hp tak dpt fokus sgt, jd tak dpt la ambil gambar.

Jadi dari satu pasu pkok orkid Cattleya intermedia ini saya dapat 5 cutting semuanya, ntah betul ka tidak pembahagian bulb ni saya pun tak pasti, yang saya tahu sekurang2nya 3 bulb.
Semua akar yang telah mati dipotong menjadikan setiap cutting hampir bare root. Agak leceh juga nak balik2 steril gunting tu guna lighter, rasa macam tak steril sgt jg la guna lighter ni, ntah la tp rasanya dah steril la tu, sy bakar hampir 10 saat.
Bulb terakhir dari kiri tu la yang dah ada kuntum bunga (warna kuning cair) tapi tak keluar2 juga bunganya, kecewa juga sebab bunganya macam tak jadi.


So selepas basuh saya rendam ke dalam racun kulat selama 10 minit. 


Inilah racun kulat yang saya pakai, tak tau betul ka tidak racun kulat ni saya tak pasti, minta tlg bapa beli hari tu, ni yang pekedai tu bagi pdhal saya minta Benomyl.


Asalnya saya nak guna 3 cara replant tapi hanya 2 saja yang sempat dilaksanakan. Tujuan adalah untuk melihat cutting suka cara replant yang mana satu.
Cara pertama ialah dengan cara gantung tanpa media. Saya mahu mencuba cara dr Tn Ahmad. Saya 
nampak caranya menjadi saya juga mau melihatnya sendiri secara live.


Cara kedua saya letak dengan sphagnum moss, ntah btl ka tdk cara ni cuba sajalah, bila dah cuba tau la nanti kn - "dare to fail" - yang penting kena cuba, blajar dari kesilapan baru blh maju.

Cara ketiga tu saya nak letak arang  + bata, tapi disebabkan kesuntukkan masa terpaksalah saya letak 3 cutting yang lain tu macam cara 2.
Saya juga nak cuba cara lekat kat fern bark tapi saya takda la benda tu, kena turun kat Tamu KK baru dpt beli tp malangnya kereta tak baik lg.


Asalnya nak 2 cara 1, 3 cara 2 tapi susahlah nak ikat sorang2 tanpa bantuan. Bapa saya tu manalah minat dengan orkids2 ni, so memang dia tak peduli langsung tengok sy tngah susah nak ikat cutting orkid tu, kesian kalaulah mama masih ada kan bagus mesti dia tlg pnya sebab mama pun memang minat btl dengan orkid. Apa blh buatlah.


Bila dah ada respon dr cuttings ni saya akan post kat post yang akan datang.

Sekian....



2 comments:

  1. Hi Babe...nampaknya saya sorang saja yg bg komen, maaflah yer ;) nanti jemu pulak asyik saya saja.

    Baguslah tu report pokok tu...memang dah sampai masanya untuk di tanam semula.

    Sterile tu tak cukup...better guna dapur gas saja dlm 20=30 saat. bukan setiap kali, maybe 3/4 kali sekali utk pokok yg sama. Then, mmg tak disyorkan direndam dlm racun kulat...sbb yg kesan luka/bahagian potongan masih basah...memudahkan jangkitan kuman. Adalah disyorkan kurangkan interaksi dengan air bg bulb yg baru dipotong. Seeloknya 2 hr slps repot baru mula siram. utk kesan luka tu just guna serbuk sulfur atau serbuk kayu manis saja dah cukup.
    Kelembapan di M'sia ni agak tinggi jika direndam dlm air akan cepatkan ia ada infection. adalah lebih baik sapu terus fungicide tu pun ok. (pengalaman mengajar saya semua ni )
    Nak ikat lebih mudah guna twist tie...boleh beli di nursey byk yg jual.
    Nak tanam dlm moss adalah lebih baik untuk back bulb kerana pertumbuhannya agak lambat, front bulb disyorkan lebih cepat diikat terus dlm pasu.
    Jika guna moss, moss tu perlulah di padatkan sehingga mampat d dlm pasu, then baru letak bulb dan dipadatkan lagi dengan moss, bukan just letak dlam moss saja. Ini bg elakkan moss terlebih basah, lebih basah, lebih peluang untuk pokok mati! Good Luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ba (hehehe sori kluar slang Sbh, harap tn mgerti) tn s'org sj yg sudi bg komen, sy harap tn tdk bosan asyik minta simpati dr tn sj utk merespon post sy ni.
      Ha dapur gas? Err...hmm klu bgtu kna bawa kat dapur la kalau nak replant/repot ni.
      Alamak sy byk salah btl ni tn, lepas padatkan dgn moss sy terus siram dgn air...alamak mampus la Catt intermedia sy ni.
      Sy berkenaan dgn sapu terus dgn fungicide tu tn, dr mn nak dapat fungicide ni tn, sy tak tau la nak cr mn sbb tnya dkat kedai racun diorg mcm tak pernah dngar je.
      Nursery kat Sabah smua buruk la tn, ntah diorg ada jual twist tie ka tdk.

      Apa pun byk info yg tn bg, harap tn sudi bg respon blk kemusykilan sy ni, hehehe budak br blajar.

      Delete