Memang sedih pun. Inilah first time orkid koleksi ku mati.
Saya memang dah agak orkid ini akan mati setelah melihat daunnya mula menguning, layu dan tidak segar. Saya bersedih sebab walaupun saya sudah tau ia akan mati saya tidak mampu untuk menyelamatkan dari mati.
Saya bukan tidak cuba untuk menyelamatkan tapi saya tidak tahu macam mana untuk menyelamatkannya.
Saya tak tau samada saya terlebih siram air atau terkurang siram ka, terlebih cahaya ka, suhu sekitar panas ka atau diperkosa oleh semut.
Akhirnya sampai la masa matilah orkid ini yang dipanggil oleh adik saya "telinga arnab" mati.
sedih lihat ini pula kesudahannya
sebelum - daun yang banyak & besar
Menurut tn Ahmad orkid ini ialah Phalaenopsis schilleriana. Saya dah check kat Google dan ini lah bunga orkid ini.
gambar dr aos.org
Cantikkan bunganya. Kesiannya tidak kesampaian hajat untuk melihat bunganya secara face to face dah pula mati.
Setelah Tn Ahmad bagitau ciri2 bunga ni saya rasa saya dah tau apa sebab orkid ini mati. Pada anggapan saya orkid ni mati sebab orkid ini perlu letak moss tp mediumnya hanya arang dan bata saja yang memang tidak dapat menahan kelembapan sebab itulah mungkin kurang lembab ianya mati.
Orkid yang ni pun sudah mati, cuma saya tak ambil gambar kesudahannya sebab saya bagi balik dengan aunt yang jual saya orkid ini, tak sanggup lagi saya melihat orkid ni beransur2 mampus di depan mata saya, jadi saya bagi balik dengan aunt tu minta tolong dia pulihkan atau selamatkan tapi menurut aunt baru2 ni orkid ni dah mati.
tinggal kenangan
Orkid ini mnurut tn Ahmad Bulbophyllum phalaenopsis, juga seperti Phalaenopsis schilleriana perlu guna moss tapi medium yang digunakan hanyalah arang dan bata saja jadi saya rasa itulah punca orkid ni mati.
Inilah bunganya yang tidak kesampaian untuk saya melihat sendiri. Tak jg lah cantik sangat tp unik.
Satu lagi orkid yang berada di ambang kematian, Cattasetum hybrid menurut Tn Ahmad.
sewaktu beli - ada bunga
selepas beberapa minggu - bulan
Saya pun hairan kenapa orkid ni makin lama makin hilang daunnya. Saya betul2 x idea. Saya dah letak baja tapi keadaan tetap sama juga, daunnya makin berguguran. Saya tidak nampak sebarang pertumbuhan akar yang baru, saya rasa itulah salah satu punca daun makin menguning dan akhirnya gugur. Saya juga tidak pasti ciri-ciri Catasetum dengan tepat membuatkan saya tidak tau tentang keperluannya seperti shade brapa %. Atau mungkin juga disebabkan oleh kulat atau serangga, saya pun tidak pastilah. Saya berharaplah Catasetum ini akan dapat survive dan mengeluarkan bunga untuk saya sebelum pergi selamanya.
Saya dah hilang RM130 untuk 2 orkid yang sdh mati itu, kalau Catasetum ni pun mati juga akhirnya maka RM215 la hilang bgtu sj. Banyak jg tu. Apa blh buat la, ni la klu dah minat orkid, hehehehe.
Apa pun sampai jumpa di post seterusnya...
Apa pun sampai jumpa di post seterusnya...
Dua orkid yang mati tu mungkin sebab terlalu kering dan tempat yg kurang sesuai. kedua-duanya perlukan 70% shade.
ReplyDeleteCatasetum ada tempoh dormancy...googeling dan cari maklumatnya. Adalah lebih sesuai di tanam pada fern bark...boleh lihat post saya, baru saja postkan pada 24 July lalu. Mungkin boleh di cuba cara ini. setakat ini semua berjaya di tangan saya. Shade diperlukan 50%. Good Luck!
Eh tn baca jg blog sy...trima kasih (sebenarnya saya agak segan org bpengalaman baca blog orkid sy ni, hehehe).
DeleteYa sy pun dah baca blog my way replant orchid part IV : Catasetum.
Saya pun mmg bcadang nak repot blk Catasetum tu, cuma sy lebih bkenaan replant kat pasu la, nmpak lbh cantik.
Hai...baca juga hobi memang suka baca celoteh org dlm blog ;)
ReplyDeleteSaya pun masih belajar utk menambahbaikkan apa yang ada pada saya...setiasa try and error utk dptkan result yg terbaik.
Baguslah jika ada cadangan nak repot..setuju sgt. Kenapa saya tak tanam dlm pasu ada sebabnya...boleh baca reply comment dlm blog saya.
Bagi saya sekadar nak tgk cantiknya pasu tak payah tanam orkid dlamnya ;) biar kita tgk betapa cantiknya orkid bukan pasu...maaf jika tersinggung...kadangkala kita perlu berubah untuk memastikan survuvial orkid tersebut...naturally orkid hidup dihutan tanpa pasu.
Ya tn sy baru baca respon tn kat blog tn knapa tn lbh bkenaan replant kat fern bark/kayu. Yg sebenarnya tn sy pun lbh bminat replant kat fern bark/kayu sbb nampak lebih mudah, tak makan space, semut tak kacau, kira mcm lbh byk klebihan la bbanding tanam dalam pasu.
DeleteCuma mungkin sy terpesona mlihat orkids2 kat pertandingan2 yg tn tunjukkan dlm post tn tu, sbb sy nampak smuanya ditanam dlm pasu.
Maaih berminat tanam orkid.boleh cuba baja organik AvviS n Avvix yg saya jual follow di fb saya faizu hamzah pun boleh.ramai yg berjaya
ReplyDelete