Wednesday, 4 July 2012

Rumah Orkid Baru

Wah akhirnya....
Rumah orkid siap juga. Setelah menunggu hampir 1 bulan, dapatlah orkids2 saya menghuni tempat yang lebih selesa, luas dan harap2 selamat dari si pengacau semut tu.

Jadi masa untuk memindahkan orkids2 ke rumah telah tiba dan inilah wajah baru kediaman orkids2 ku...
                         pandangan dari arah matahari terbit
                     pandangan dari arah matahari terbenam

Apa pendapat kamu? Ok tak rumah orkid saya ni? Cantik of course la tidak, luas...hmm, tak lah juga. Tak kena kacau semut, ha yang tu kena tunggu. Dah cukup ke tak shadenya tu ya? Bila tengok dari gambar rasa macam tak cukup shade lagi, ntah la saya ni tak tau sangat, kalau ada yang sudi bolehlah bagi pendapat.

Hmm...bercakap pasal rumah orkid ni tentu tak lari dari kos kan? Ha, cuba kamu teka agak2 berapa kos semua ni ya? Hmm...korang mesti terkejut punya brapa kos sebenar. Untuk rumah orkid yang biasa2 je ni takda apa2 yang cantik lagi menarik ni menelan kos sebanyak RM500! Itu pun sebenarnya lebih lagi tu tapi sebab budget saya hanya RM500 je (ya la saya pun tengah pokai) jadi terpaksalah gaji buruh/pekerja dkurangkan. Kesian juga tapi apa boleh buatlah. Jadi kalau diikutkan agak mahal jugalah nak buat rumah orkid ni. Setakat rumah biasa je tak lari dari RM500. Lepas tu saya beli lagi shade sebab shade yang diorg beli 10% saja, hmmm terpaksalah keluar duit lagi RM100 untuk shade 50%.
Macam biasalah orang kat rumah tak lah suka sangat tengok saya keluarkan duit untuk rumah orkid ni. Kesian, kalaulah mama saya masih ada pasti dia gembira sebab dialah peminat orkid kat rumah, tapi sayang dia minta bapa buat dari tahun 1998 lagi sampailah dia pergi bapa saya tetap tak kisah. Kalaulah saya buat awal sikit sebelum pemergiannya kan elok. Apa pun mama impian adanya rumah orkid sudah saya laksanakan, semoga mama suka dan gembira melihatnya...

2 comments:

  1. Maaf yer nak tegur sikit. rumah orkid tu bumbungnya rendah sangat. harap dapat tinggikan bahagian bumbungnya...(nettingnya) supaya ada udara yang boleh go through.kurang lebih 2 kaki tinggi. boleh lah tgk blog saya bahagian label My Orchid house...sebagai rujukan. atau boleh googeling aja ada byk contoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teguran adalah penting untuk berjaya tuan, jd teguran adalah sangat dialu-alukan, bagi saya teguran tu maklum balas yang bererti ada orang ambil berat, kan bagus begitu.
      Jadi terima kasih tuan bagitau, sbb saya memang tak tau pun yang bumbung perlu tinggi. Patutlah dekat nursery2 bumbung semuanya tinggi2, skrg baru faham, itu pun nasib baiklah tn bagi tau klu tak mmg ingat ok je.

      Delete